Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 Hidden Bar Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati

24 Aug 2022 • 10:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sekali sekala nikmati suasana santai sambil minum

Tak Minat Suasana Penuh Sesak? Ini 4 Hidden Bar Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati. Hujung minggu biasanya merupakan perkara yang menggembirakan bagi kebanyakan orang kerana inilah masa di mana semua orang dapat menghiburkan diri setelah meluangkan sepanjang minggu bekerja.

Di Kuching, anda biasanya akan melihat orang ramai pergi ke bar di pusat bandar dan menikmati minum malam bersama rakan-rakan. Walau bagaimanapun, tidak semua orang akan berminat untuk pergi ke tempat yang ada orang ramai. Jangan risau, berikut adalah 4 bar di Kuching yang boleh anda kunjungi jika anda mencari bar yang mempunyai suasana santai!

image is not available
Tak Minat Suasana Penuh Sesak Di Bar? Ini 4 ‘Hidden Bar’ Santai Di Kuching Anda Boleh Lawati

The Logan’s Roadhouse

Terletak di kawasan Kuching City Mall, bar ini adalah bar kecil dengan tempat duduk di luar dan juga dalaman. Jika anda mencari bar dengan muzik ‘happening’ tetapi terletak di kawasan terpencil, ini adalah tempat yang bagus untuk anda!

image is not available

image is not available

image is not available

Kadang-kadang, mereka juga akan mengadakan sesi akustik jadi anda dapat menikmati muzik sambil berminum santai dengan rakan-rakan anda!

Buka setiap hari kecuali hari Ahad dari pukul 2PM hingga 12AM. Anda boleh cari lokasi bar ini menerusi pautan ini.

Tunjang 92 Semeba

Bar ini terletak jauh dari bandar – di Semeba. Ia sangat terpencil, ia terletak dalam kawasan perumahan. Walau bagaimanapun, hanya kerana ia terpencil tidak bermakna ia bukan tempat yang menyeronokkan untuk dikunjungi!

Berkonsepkan tema cowboy, jangan terkejut apabila anda melihat beberapa pelanggan datang dengan topi koboi! Jika anda meminati karaoke, bar ini juga menawarkan perkhidmatan karaoke jadi anda boleh menyanyi sambil minum dengan rakan anda juga!

image is not available
Kredit: Facebook

Beberapa makanan ringan yang boleh anda nikmati semasa di sini adalah burger babi, kulit ayam goreng dan babi panggang. Di samping itu, minuman bir di sini juga ditawarkan dengan harga berpatutan.

image is not available
Kredit: Facebook

Maklumat tambahan, mereka juga menyediakan perkhidmatan catering!

image is not available
Kredit: Facebook

Buka setiap hari kecuali hari Ahad dari pukul 6PM hingga 10PM. Anda boleh cari lokasi bar ini menerusi pautan ini.

The Bikalan

Mungkin kebanyakan anda tahu bar ini, tetapi bagi yang tidak tahu, bar ini terletak di Siniawan. Jika anda bersedia untuk memandu dari bandar Kuching, maka anda harus mempertimbangkan untuk melawat bar ini!

image is not available
Kredit: Facebook

Terletak di sebelah sungai, anda boleh duduk dan bersantai dengan rakan-rakan anda sambil mengagumi pemandangan indah Siniawan di belakang anda. Masa terbaik untuk pergi ke bar ini adalah sebelum matahari terbenam tetapi jika anda pergi pada waktu malam, anda akan disambut dengan gerai-gerai yang berderet di sepanjang laluan yang menjual pelbagai jenis makanan.

image is not available
Kredit: Facebook

image is not available
Kredit: Facebook

Sila ambil perhatian bahawa bar ini akan menjadi lebih sesak sebaik sahaja malam tiba jadi jika anda ingin menikmati bir anda dalam persekitaran yang tenang, masa terbaik untuk pergi adalah pada waktu petang.

Sekiranya anda hanya mahu makan di bar ini sahaja, jangan risau. Bar ini menyediakan pelbagai jenis makanan dari makanan western dan juga makanan tempatan!

image is not available
Kredit: Facebook

Buka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 4PM hingga 12AM. Anda boleh cari lokasi bar ini menerusi pautan ini.

Ayak Baroh

Juga terletak di kawasan Siniawan, bar yang baru dibuka ini dikendalikan dengan Serembu Eco Park. Untuk pengetahuan anda juga, Serembu Eco Park merupakan tempat percutian terletak di Gunung Serembu. Ia terdiri daripada penginapan yang cantik, restoran terapung dan juga bar iaitu Ayak Baroh. Buat masa ini, hanya bar sahaja beroperasi.

image is not available

Selain muzik akustik, bar ini juga menawarkan pelbagai jenis makanan ringan seperti kentang goreng, ayam goreng, babi panggang dan sebagainya.

image is not available

Buka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 3PM hingga 10PM. Anda boleh cari lokasi bar ini menerusi pautan ini.

Lagi di sini: