Uniqlo sasar lahirkan pemimpin global menerusi program kerjaya sebagai acara tahunan

LocalBusiness & Finance
23 Nov 2026 • 5:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Uniqlo sasar lahirkan pemimpin global menerusi program kerjaya sebagai acara tahunan Image from: Uniqlo sasar lahirkan pemimpin global menerusi program kerjaya sebagai acara tahunan liza23/11/2026 - 17:20 UNIQLO memperkenalkan program UNIQLO Management Candidate (UMC) kepada peserta Career Discovery Day dengan berkongsi pengalaman bekas peserta program itu serta memberi pendedahan mengenai laluan kerjaya dalam industri peruncitan Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Nov – Uniqlo Malaysia menyasarkan pembangunan lebih ramai bakat muda sebagai pemimpin perniagaan global menerusi penganjuran Career Discovery Day yang akan dijadikan program tahunan bagi memperkenalkan peluang kerjaya serta laluan pembangunan profesional dalam syarikat itu.

 

Inisiatif yang julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu menghimpunkan 430 pelajar dan pencari kerja bagi memberi pendedahan mengenai industri peruncitan, kemahiran pekerjaan serta peluang membina kerjaya bersama peruncit pakaian global berkenaan.

 

Program itu mencerminkan komitmennya untuk membangunkan bakat muda Malaysia dengan membantu mereka memperoleh kemahiran penting, memahami industri peruncitan dan meneroka peluang perkembangan kerjaya, termasuk kemungkinan membina kerjaya di peringkat antarabangsa.

 

Perancangan menjadikan program itu acara tahunan bertujuan membuka lebih banyak peluang kepada golongan muda untuk meneroka laluan kerjaya serta membangunkan kemahiran yang diperlukan bagi menjadi pemimpin perniagaan global.

 

Pendedahan kepada laluan kerjaya dan kepimpinan

Ketua Pegawai Operasi Uniqlo Malaysia, Yoshitake Wakakuwa berkata setiap individu mempunyai perjalanan kerjaya berbeza dan tiada satu laluan khusus untuk mencapai kejayaan.

 

Beliau berkata, sikap ingin tahu, kesediaan untuk terus belajar dan keberanian menerima cabaran baharu merupakan antara perkara penting dalam membangunkan kerjaya.

 

“Menerusi Career Discovery Day, golongan muda bukan sahaja dapat memperoleh kemahiran praktikal, malah memahami peluang yang boleh diterokai melalui perkongsian pengalaman secara langsung daripada kakitangan Uniqlo,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Program itu turut menampilkan sesi panel kepimpinan yang memberi pendedahan mengenai pengalaman serta pendekatan pemimpin Uniqlo dalam membangunkan kerjaya untuk jangka panjang.

 

Selain itu, menerusi perkongsian ‘Real Uniqlo Management Candidate Stories’, peserta program itu berkongsi pengalaman perkembangan kerjaya masing-masing, termasuk pembelajaran melalui pengalaman kerja, penerimaan tanggungjawab baharu dan laluan pembangunan berstruktur dalam syarikat.

 

Program pembangunan bakat melangkaui sesi penerangan kerjaya

Selain memperkenalkan peluang pekerjaan, Uniqlo turut menyediakan sokongan praktikal bagi membantu peserta meningkatkan persediaan memasuki alam pekerjaan.

 

Antaranya termasuk sesi konsultasi kerjaya dan semakan resume bagi membantu peserta mempersembahkan kelayakan serta pengalaman mereka dengan lebih berkesan kepada bakal majikan.

 

Peserta turut berpeluang menggunakan studio gambar profesional untuk mengemas kini profil kerjaya, selain menyertai Networking Lounge bagi berinteraksi secara langsung dengan kakitangan Uniqlo dan peserta lain.

 

Menurut Uniqlo, aktiviti itu dirangka bagi memberikan kemahiran dan panduan praktikal yang boleh dimanfaatkan peserta selepas program, selain meningkatkan keyakinan mereka dalam menentukan langkah seterusnya dalam kerjaya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved