FOI 2026 perlu diteruskan, Zambry seru warga pendidikan tinggi suburkan budaya ilmu

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 6:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mahu Festival of Ideas (FOI) diteruskan sebagai acara tahunan bagi menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat.

Image from: FOI 2026 perlu diteruskan, Zambry seru warga pendidikan tinggi suburkan budaya ilmu

Berucap pada majlis penutupan Festival Idea Putrajaya 2026, beliau meminta universiti, agensi dan seluruh warga pendidikan tinggi meneruskan program itu meskipun berlaku pertukaran kepimpinan kementerian pada masa hadapan.

“Marilah kita jadikan FOI ini sebagai satu program tahunan. Pastikan ianya berterusan, saudara-saudara.
“Sama ada saya masih menjadi menteri atau saya sudah tidak menjadi Menteri Pendidikan Tinggi, saya mohon kepada saudara-saudara teruskan program kita ini,” katanya di majlis penutupan Festival Idea Putrajaya 2026 pada Khamis.

Dalam pada itu, Zambry menegaskan FOI yang bermula pada 2024 dan diteruskan pada 2025 sebelum edisi tahun ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik hasil kerjasama pelbagai pihak. Beliau turut menghargai penyertaan delegasi dari enam negara sepanjang tiga hari festival berlangsung.

Dalam ucapan sama, Zambry berkata lebih 160,000 pelajar antarabangsa dari 180 negara mengikuti pengajian di Malaysia. Menurutnya, penyertaan mereka di universiti awam dan swasta mencerminkan keyakinan terhadap sistem pendidikan negara.

Beliau menyeru warga pendidikan tinggi membina keyakinan itu melalui kerjasama antara institusi, sambil menggalakkan mahasiswa dan ahli akademik memanfaatkan kepakaran mereka untuk membangunkan negara.

Image from: FOI 2026 perlu diteruskan, Zambry seru warga pendidikan tinggi suburkan budaya ilmu

“Kita bergerak sebagai satu pasukan. Kita bina sistem pendidikan tinggi Malaysia yang hebat, yang terbaik.
“Dan untuk kita gerakkan itu, mesti kita gerakkan secara bersepadu, secara bersama, secara berpasukan dan kita tunjukkan kepada dunia,” tambahnya lagi.

Zambry turut mengaitkan kekuatan sesebuah negara dengan budaya mencintai ilmu. Merujuk gagasan bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill, tentang kekuatan pemikiran, beliau berkata kemampuan sesebuah negara untuk berpengaruh melangkaui keluasan wilayah atau kekayaan yang dimilikinya.

Beliau mengakhiri ucapan dengan merakamkan penghargaan kepada mahasiswa, universiti, politeknik, kolej komuniti, kementerian serta agensi yang menjayakan festival itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved