Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman Ambil Alih Kes Simbah Asid Faisal Halim

Entertainment
25 Nov 2024 • 12:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sudah menerima maklum balas daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berhubung laporan siasatan insiden simbah asid terhadap pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Perkara ini dimaklumkan Timbalan Speaker DUN Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin pada sesi persidangan pagi ini.

Polis Selangor juga memaklumkan PDRM mengambil serius terhadap penyiasatan kes ini yang siasatannya kini diambil alih pasukan khas daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

image is not available

Langkah itu juga diambil berikutan bahagian terbabit mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, Pejabat Dewan Negeri Selangor menerima maklum balas mengenai Usul 17(1) Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor oleh Yang Berhormat Seri Serdang (Abbas Salimmi Che Adzmi @ Azmi) daripada Ketua Polis Selangor.

“Pihak PDRM mengambil serius terhadap penyiasatan kes ini yang mana siasatan kes telah diambilalih oleh pasukan khas dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, yang mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenalpasti dan menangkap suspek yang terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, media melaporkan kerajaan negeri masih menunggu laporan siasatan insiden simbah asid terhadap Faisal.

image is not available

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi bagaimanapun berkata, tiada maklum balas diterima daripada PDRM.

Pada persidangan Julai lalu, usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap atlet diluluskan secara konsensus oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang antara lain mendesak supaya siasatan menyeluruh dilakukan terhadap kes berkenaan dan dapatan kes didedahkan untuk pengetahuan awam.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.