United Asiapac dapat injunksi interim halang petisyen gulung tikar anak syarikatnya

LocalBusiness & Finance
10 Sep 2026 • 6:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

United Asiapac dapat injunksi interim halang petisyen gulung tikar anak syarikatnya Image from: United Asiapac dapat injunksi interim halang petisyen gulung tikar anak syarikatnya hamden10/09/2026 - 18:02 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 10 Sept – United Asiapac Energy Bhd melalui anak syarikatnya, Asiapac Oil & Gas Sdn Bhd (Asiapac), memperoleh injunksi interim daripada Mahkamah bagi menghalang seorang defendan daripada mengemukakan atau memfailkan petisyen gulung tikar terhadap syarikat itu.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, United Asiapac Energy memberitahu injunksi interim berkenaan diberikan pada prosiding yang berlangsung pada 10 September 2026, sementara menunggu penyempurnaan sepenuhnya dan muktamad Permohonan Injunksi Fortuna yang difailkan oleh Asiapac.

 

Di bawah perintah tersebut, defendan, FS, sama ada secara sendiri atau melalui pekerja, ejen, kakitangan atau mana-mana pihak lain, dihalang daripada mengemukakan dan/atau memfailkan petisyen penggulungan terhadap Asiapac.

 

Pendengaran ditetapkan 5 November

Mahkamah turut menetapkan beberapa arahan berkaitan Permohonan Injunksi Fortuna berkenaan.

 

Defendan perlu memfailkan Afidavit Jawapan pada atau sebelum 24 September 2026, manakala Asiapac perlu memfailkan Afidavit Jawapan pada atau sebelum 8 Oktober 2026.

 

Kedua-dua pihak juga perlu memfailkan Hujahan Bertulis masing-masing pada atau sebelum 22 Oktober 2026.

 

Hujahan Balasan pula akan dikemukakan secara lisan ketika prosiding pendengaran.

 

Mahkamah menetapkan 5 November 2026 sebagai tarikh pendengaran Permohonan Injunksi Fortuna.

 

United Asiapac berkata, pihaknya akan membuat pengumuman selanjutnya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perkembangan material berkaitan permohonan tersebut. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved