Universal Music Group (UMG) dan ElevenLabs mengumumkan kerjasama yang melibatkan penggunaan pelesenab muzik dan pembangunan produk audio kecerdasan buatan (AI) hari ini. Menerusi perjanjian ini, kedua-dua pihak akan melancarkan platform menjana muzik menggunakan AI generatif yang berlesen.

Ini adalah perjanjian pertama ElevebLabs dengan sebuah syarikat rakaman utama. Mereka sebelum ini disaman oleh UMG kerana didakwa melatih model AI mereka menggunakan karya artis UMG tanpa kebenaran pemegang harta intelek. Platform baharu yang masih sedang dibangunkan ini akan membenarkan penghasilan audio remix, gabungan, interpretasi baharu serta janaan audio baharu menggunakan muzik artis yang mengambil bahagian.
Kedua-dua syarikat menekankan komitmen platform akan dibina secara bertanggungjawab, menghormati hasil seni manusia dan memberi peluang artis serta penulis lagu asalberkongsi pendapatan yang dijana.
Ini adalah kerjasama ketiga UMG dengan syarikat AI. Pada Januari lalu mereka mengumumkan kerjasama dengan NVIDIA dan pada Disember tahun lalu pula dengan Splice masing-masing dengan dengan Splice pada Disember tahun lalu untuk mempelopori pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab untuk penemuan, penciptaan dan penglibatan muzik.





