Universiti Di Thailand Ini Benarkan Pelajar Wanita Cuti Jika Alami Sakit Ketika Datang Bulan

Entertainment
18 Nov 2023 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan mudah menjadi seorang wanita kerana setiap bulan kita akan datang haid. Bagi sesetengah kaum Hawa pula, ada yang terpaksa menanggung kesakitan setiap bulan ketika datang bulan kerana sakit sengugut dan pinggang.

Kadang-kadang tu hari pertama datang bulan memang nak baring je kan sebab tak larat nak bangun.

Oleh sebab itu lah, Universiti Thammasat di Bangkok, Thailand ini baru-baru ini telah membuat kenyataan bahawa pihak universiti secara rasminya membenarkan mahasiswa-mahasiswa wanita yang datang bulan untuk mengambil cuti.

Memetik laporan The Thaiger, pelajar-pelajar wanita yang datang bulan dibenarkan cuti sakit dan cuti tersebut tidak akan memberi kesan negatif terhadap pembelajaran mereka.

Maksudnya, mungkin mereka tak akan dikira ponteng jika cuti ketika datang bulan.

Pihak universiiti memutuskan untuk memberi mahasiwa wanita cuti ketika datang bulan kerana mereka tahu kaum Hawa bukan sahaja akan mengalami sakit perut akibat sengugut ketika tempoh berkenaan, malah ada juga wanita yang akan mengalami gejala sakit kepala, lenguh-lenguh, sembelit atau cirit-birit.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Jadi, kalau tetap pergi kelas ketika sakit macam ni, bukannya boleh fokus dekat pensyarah pun kan.

Sumber: The Thaiger

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.