"Mereka Ingat Saya Orang Arab" - Uyaina Arshad Cemas Ditahan Marsyal Di Amerika Syarikat

11 Nov 2023 • 5:19 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pengacara Uyaina Arshad berkongsi detik cemas ketika ditahan oleh seorang marsyal di Amerika Syarikat gara-gara penampilannya seakan-akan wanita Arab baru-baru ini.

Jelas Uyaina, disebabkan insiden itu dia membatalkan hasratnya untuk meneruskan perjalanan ke bandar besar lain di negara tersebut.

"Itu belum cerita macam mana marsyal Amerika Syarikat tahan saya. Mungkin sebab saya memakai tudung tutup atas sampai bawah dan kening tebal mereka ingat saya orang Arab.

"Semasa marsyal tahan saya, rasa jantung jatuh ke lantai. Dia sangat besar dan tengok saya atas bawah. Seram.

"Terutama sekali selepas buat hantaran video yang tular sebelum ini. Saya ingat dia tahan pasal video terbabit," ujarnya dalam hantaran di Instagram.

Berpegang pada firasat dan kata hati, Uyaina nekad untuk membatalkan niatnya untuk ke New York.

"Dalam hati waktu itu nak cepat balik Malaysia. Berani mati juga saya buat dan rekod video semasa di Amerika Syarikat.

"Saya juga sepatutnya pergi ke New York selepas Los Angelas tetapi saya batalkan.

"Entahlah. Ada rasa yang tidak seronok mengenai New York. Naluri saya kata jangan pergi jadi saya ubah penerbangan pada saat akhir," tambahnya.

image is not available