Universiti Malaya Tampil Beri Penjelasan Susulan Isu Sensitif Dalam Teater

LocalPolitics
16 Apr 2026 • 9:11 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Universiti Malaya Tampil Beri Penjelasan Susulan Isu Sensitif Dalam Teater

Universiti Malaya Tampil Beri Penjelasan Susulan Isu Sensitif Dalam Teater

Universiti Malaya (UM) hari ini tampil memberi penjelasan rasmi susulan isu tular membabitkan satu adegan dalam persembahan teater yang mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Menurut kenyataan Universiti Malaya di Facebook, pihak universiti memandang serius perkara tersebut dan mengambil maklum segala kebimbangan yang dibangkitkan.

UM menjelaskan bahawa berdasarkan garis panduan Karnival Teater (KARVITER), setiap persembahan perlu bebas daripada unsur negatif, provokasi atau kandungan yang boleh menjejaskan nilai keagamaan, moral, etika, budaya serta nama baik universiti.

Bagaimanapun, hasil penelitian mendapati adegan yang dipersembahkan tidak selaras dengan skrip asal yang telah diluluskan sebelum ini.

Difahamkan, perkara itu sekali gus disahkan sebagai satu pelanggaran terhadap syarat pertandingan.

"Sehubungan itu, Universiti Malaya dengan ini memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta sebarang kegusaran yang timbul

"Universiti tidak berkompromi terhadap mana-mana pelanggaran garis panduan program atau peraturan yang telah ditetapkan," ujar kenyataan itu lagi.

Dalam perkembangan sama, persembahan berkenaan telah diputuskan sebagai tidak layak untuk dinilai. Tindakan susulan juga sedang diambil bagi memperketat pemantauan agar insiden sama tidak berulang pada masa hadapan.