Universiti Sains Sukan: Idea baik, namun kos dan peluang kerjaya perlu diteliti

6 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Universiti Sains Sukan: Idea baik, namun kos dan peluang kerjaya perlu diteliti

Cadangan penubuhan Universiti Sains Sukan di Malaysia dilihat mempunyai potensi tersendiri, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira faktor kos, kepakaran serta peluang kerjaya graduan.

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ahmad Faisal Mohd Fiah, menyifatkan kewajaran penubuhan institusi khusus itu sebagai keputusan yang mempunyai dua sisi, dengan kelebihan dan kekangan masing-masing.

Menurutnya, dari sudut positif, universiti berkenaan mampu menghimpunkan pakar dalam bidang sukan di bawah satu bumbung bagi memperkasa penyelidikan terkini.

Hasil penyelidikan itu seterusnya boleh dimanfaatkan dalam pembangunan model sains sukan untuk atlet negara.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kos penubuhan sebuah universiti baharu bukan kecil dan memerlukan peruntukan kewangan yang besar.

Selain itu, kewujudan banyak institusi pengajian tinggi lain yang turut memberikan fokus kepada bidang sukan menimbulkan persoalan mengenai kedudukan serta peluang pekerjaan graduan Universiti Sains Sukan dalam pasaran kerja sebenar.

Dalam masa sama, Ahmad Faisal turut bersetuju bahawa nilai SHAKAM untuk atlet berpasukan perlu dikaji semula supaya jurang ganjaran dengan atlet individu tidak terlalu besar.

Dia berpandangan sumbangan atlet berpasukan juga perlu diberikan pertimbangan sewajarnya dalam penetapan nilai ganjaran berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved