Universiti sukan wujudkan ekosistem dinamik -- pemerhati sukan

7 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Universiti sukan wujudkan ekosistem dinamik -- pemerhati sukan

Penganalisa sukan tempatan, Sadek Mustafa, menjelaskan penubuhan universiti sukan adalah cadangan yang menarik dan praktikal untuk menjadi suri teladan kepada negara Asia Tenggara yang lain.

Menurutnya, dana daripada Kementerian Belia dan Sukan juga boleh disalurkan secara terus bagi menggalakkan kajian tentang sukan negara untuk mencapai tahap maksima.

"(Apabila pakar-pakar sukan) diletakkan di bawah satu bumbung, ini satu ekosistem yang sangat menarik dan dinamik yang boleh dijadikan contoh di Asia Tenggara.

"Semua agensi sukan yang berprestasi dan sukan podium berjalan di atas fungsi masing-masing tetapi dalam satu skop yang menarik.

"Ia sangat praktikal. Walaupun universiti ada fakulti, tapi dengan adanya universiti sukan, dana terus boleh disalurkan untuk sukan," katanya di Nadi Weekend.

Selain itu, ia juga menggalakkan kewibawaan atlet yang memiliki pengetahuan menyeluruh dalam bidang yang diceburi untuk menghasilkan atlet bertaraf dunia yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan tetapi faham  intipati sains sukan sebenar.

"Fakulti sains sukan terikat dengan had bajet yang diberikan oleh univeristi masing-masing.

"Itulah yang menjadi batu penghalang kepada perkembangan yang dinamik dan progesif dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi terutama dalam sukan bertemasya," katanya. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved