Unjuran perolehan IOI Corp FY24-FY26 dikurangkan sebanyak 5%-10% - RHB Investment Bank

Business & Finance
27 May 2024 • 11:58 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Unjuran perolehan IOI Corp FY24-FY26 dikurangkan sebanyak 5%-10% - RHB Investment Bank

herman

27/05/2024 - 11:58


KUALA LUMPUR 27 Mei - RHB Investment Bank telah mengurangkan unjuran perolehan IOI Corp Berhad bagi tahun kewangan 2024, 2025 dan 2026 (FY24-26) sebanyak 5% hingga 10%.

Firma penyelidikan itu berkata ini terutamanya mengambil kira pengeluaran buah tandan segar (FFB) yang lebih rendah dan perolehan daripada daripada syarikat sekutu.

"Kami mengekalkan saranan Beli dengan harga sasaran (TP) yang diperoleh melalui kaedah SOP lebih rendah kepada RM4.40 sesaham daripada RM4.75, potensi kenaikan harga saham 11% dengan kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY24F (Jun)," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Selain itu, RHB Investment Bank juga menaikkan sedikit andaian kos unit bagi IOI Corp.

"Bagi FY24F, IOI kini menjangka kos unit akan menyusut 4-5% YoY kepada RM2,200/tan (daripada unjuran MYR2,100/tan yang diberi sebelum ini).

image is not available

"Hal ini demikian mungkin kerana bayangan untuk keluaran lebih rendah. Maka, kami bertindak menaikkan kos unit kami.

"Menurut fahaman kami, kos baja IOI bagi FY24F lebih murah 20% YoY, manakala penggunaannya sepanjang 9MFY24 menepati jadual," jelasnya.

RHB Investment Bank dalam pada itu berkata, untung bersih teras 9MFY24 yang dicatatkan oleh IOI Corp gagal mencapai unjuran pihaknya dan konsensus.

"Kami menjangkakan perolehan huluannya akan meningkat disebabkan oleh kos lebih rendah, manakala perolehan hiliran akan beransur-ansur pulih hasil daripada segmen oleokimia dan lemak khusus.

"Namun begitu, penilaiannya masih tampak menarik dengan P/E 2024F 20x, iaitu mencecah paras rendah pada lingkungan syarikat pesaing antara 20-25x," jelasnya.

Kata firma penyeldian itu, perolehan teras 3QFY24 gagal menepati ramalan dengan mencapai 66-68% anggaran FY24, dan untung bersih teras merosot 24% QoQ pada 3QFY24.

"Penyimpangan ini diakibatkan oleh perolehan lebih rendah yang diterima daripada syarikat sekutu, keluaran tandan buah segar (FFB) lebih rendah sedikit daripada yang dijangka dan kos unit lebih mahal berbanding jangkaan," ujarnya.

Jelas firma penyelidikan itu, keluaran FFB menyusut 3.5% YoY pada 3QFY24, seterusnya menyebabkan pengeluaran 9MFY24 menaik +4.4%, iaitu lebih rendah daripada unjuran sebanyak 7.4% dan bayangan pihak pengurusan antara 7-10% bagi FY24.

"Untuk 10MFY24, angka ini meningkat sedikit menjadi 5.3% YoY. IOI sekarang menurunkan bayangan pertumbuhan FFB-nya kepada 7% untuk FY24F.

"Kami pula bertindak memotong pertumbuhan FFB FY24F kepada 5% (daripada 7.4%), namun
anggaran pertumbuhan sebanyak 4-5% dikekalkan bagi FY25-26," katanya.- DagangNews.com