UNL: Mbappe tidak sabar tagih ilmu Zidane

FootballSports
23 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Mbappe tidak sabar tagih ilmu Zidane

MADRID – Kapten Perancis, Kylian Mbappe sudah tidak sabar untuk bergandingan bersama pengendali baharu pasukan itu, Zinedine Zidane menjelang aksi Kumpulan A Liga Negara-Negara menentang Turkiye di Stadium Kocaeli Sabtu ini.

Zidane yang kembali ke bidang kejurulatihan selepas lima tahun mengambil alih tugas sebagai jurulatih Les Bleus bagi menggantikan Didier Deschamps yang meninggalkan pasukan selepas kempen Piala Dunia 2026.

Mbappe berkata, peluang bermain di bawah bimbingan Zidane boleh dianggap sebagai ‘filem’ kerana legenda Perancis itu pernah membawanya untuk melihat padang latihan Real Madrid ketika dia berusia belasan tahun.

“Bagi saya, Zidane merupakan salah seorang individu penting dalam karier saya. Beliau adalah individu yang mengambil dan membawa saya ke pusat latihan Real Madrid ketika berusia 13 atau 14 tahun.

“Sekarang beliau merupakan jurulatih saya di pasukan kebangsaan, ia seperti jalan cerita dalam sebuah filem. Bagi saya, beliau merupakan salah seorang jurulatih yang berada dalam kelas tersendiri,” katanya.

Sementara itu, Mbappe berharap kehadiran Zidane mampu memberikan suntikan nafas baharu buat Perancis selepas 14 tahun berada di bawah bimbingan Deschamps di mana mereka menjadi juara dunia pada 2018.

“Sekarang kami akan mengharungi fasa baharu dan saya juga akan merasai pengalaman baharu. Sebelum ini, kami hanya bermain di bawah Deschamps, jadi saya harap kali ini semuanya menjadi lebih baik,” ujarnya. – AGENSI

 

The post UNL: Mbappe tidak sabar tagih ilmu Zidane appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved