UNL: Motivasi De Bruyne belum pudar

FootballSports
2 Oct 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UNL: Motivasi De Bruyne belum pudar

LIEGE – Tonggak senior Belgium, Kevin De Bruyne belum terlintas untuk mengucapkan selamat tinggal skuad kebangsaan meskipun semakin ramai rakan seangkatan daripada generasi emas mula meninggalkan pentas antarabangsa.

De Bruyne yang berusia 35 tahun menegaskan selagi motivasi untuk mewakili Red Devils masih membara, tiada alasan untuk ‘gantung but’ di peringkat antarabangsa.

“Tidak, persaraan tidak pernah menjadi isu bagi saya. Jurulatih (Mark Van Bommel) memang bertanya apa yang saya mahu lakukan.

“Perasaan saya selepas Piala Dunia ialah saya masih mahu menyarung jersi kebangsaan. Malah, ramai pemain juga meminta saya untuk terus kekal.

“Selain itu, saya juga rasa masih sihat dari segi fizikal dan mahu terus bermain. Selagi saya masih mempunyai motivasi itu, tiada sebab untuk saya berhenti?” katanya.

Pemain tengah Napoli itu sudah mengumpul 126 kaps sejak 2010 mengakui cukup teruja untuk menuntut ilmu dengan Van Bommel selaku pengendali baharu pasukan.

“Van Bommel adalah tipikal orang Belanda, sangat berterus terang dan mudah berurusan. Saya suka pendekatan itu, seseorang yang sentiasa jujur mengenai sesuatu,” katanya.

Belgium memburu kemenangan kedua dalam Kumpulan A1 apabila dijadual menentang Turkiye di laman sendiri pada awal pagi esok. – AGENSI

 

The post UNL: Motivasi De Bruyne belum pudar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved