De Bruyne belum fikir bersara

FootballSports
23 Sep 2026 • 8:49 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: De Bruyne belum fikir bersara
De Bruyne ketika menjalani latihan bersama skuad Belgium menjelang saingan Liga Negara-Negara. Foto AFP

KEVIN De Bruyne masih belum memikirkan untuk meninggalkan skuad kebangsaan Belgium selepas Piala Dunia, sebaliknya mahu terus beraksi selagi mempunyai motivasi untuk menyarung jersi negaranya.

Pemain tengah berusia 35 tahun itu menjadi satu-satunya anggota generasi emas Belgium yang masih bersama pasukan selepas beberapa rakan seangkatannya meninggalkan pentas antarabangsa.

De Bruyne sudah mengumpul 124 kaps sejak membuat penampilan sulung pada 2010 dan kini bersedia meneruskan khidmatnya di bawah kendalian baharu, Mark van Bommel.

Belgium akan memulakan era baharu itu dengan menentang Itali di Rome pada Jumaat, sebelum berdepan Perancis dua kali dan Turkiye dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA sepanjang tiga minggu akan datang.

Selepas menyaksikan Axel Witsel bersara dan Thibaut Courtois tidak menyertai kempen Liga Negara-Negara, De Bruyne berkata, keputusan untuk terus bersama Belgium tidak pernah menjadi persoalan buatnya.

“Perasaan saya selepas Piala Dunia ialah saya masih menikmatinya. Ramai pemain juga meminta saya untuk terus kekal. Saya berasa sihat dari segi fizikal dan masih mahu bermain.

“Itu motivasi paling penting. Selagi saya masih mempunyai motivasi itu, mengapa saya perlu berhenti?” katanya.

De Bruyne bagaimanapun mengakui dua tahun akan datang mungkin menjadi tempoh terakhirnya bersama Belgium, namun enggan menetapkan tarikh persaraan antarabangsa.

“Saya fikir dua tahun ini mungkin menjadi dua tahun terakhir saya. Jangan sesekali berkata tidak akan berlaku. Buat masa ini saya berasa baik, jadi kita lihat nanti,” katanya.

De Bruyne turut berpuas hati dengan tahap kecergasannya selepas kembali beraksi pada Ogos, termasuk bermain tiga perlawanan berturut-turut selama 90 minit, namun mengakui tahapnya kini berbeza berbanding sedekad lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved