UNRWA: Sektor kesihatan di Gaza dalam keadaan kritikal

18 Jun 2025 • 10:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

NEW YORK, 18 JUN: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberi amaran bahawa sektor kesihatan di Semenanjung Gaza berada dalam keadaan kritikal susulan serangan tentera Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, UNRWA memaklumkan bahawa 45 peratus bekalan perubatan penting telah kehabisan stok dan hampir satu perempat daripada bekalan selebihnya dijangka habis dalam tempoh enam minggu akan datang sekiranya keadaan terus berlarutan.

Agensi itu turut menyatakan bahawa stok ubat-ubatan penting dan produk darah hampir habis manakala keperluan di lapangan kekal mendesak dan terus meningkat.

Sejak 2 Mac, tentera Israel terus menutup semua pintu sempadan Gaza, menghalang kemasukan makanan, bantuan kemanusiaan, bekalan perubatan dan barangan komersial.

Langkah itu menyebabkan krisis kemanusiaan di wilayah berkenaan semakin buruk.

– BERNAMA-WAFA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved