“Untuk Apa Buka? Untuk Bersihkan Nama & Nampak Diri Kita Betul?” – Ira Kazar Tak Suka Sebar Aib Orang Lain

EntertainmentLifestyle
30 Jun 2025 • 10:42 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, selebriti media sosial iaitu Ira Kazar memaklumkan dirinya tidak suka menyebarkan aib mana-mana pihak biarpun dia dianiaya orang lain.

Tak dapat apa-apa kalau buka aib orang lain

Menurut Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Binti Kazaruddin, tindakan membuka aib orang lain tidak akan membawa penyelesaian, sebaliknya hanya memberi penyesalan yang besar dalam kehidupan.

Okay dia macam ini, kalau saya cerita (buka aib), apa yang saya dapat? Saya tak dapat apa pun. Kita kena jaga aib orang. Untuk apa kita nak buka? Untuk bersihkan nama dan nampak diri kita betul?

Katanya lagi, menjaga aib orang lebih baik berbanding mengejar simpati orang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fiza Kamaruzzaman (@fizakamaruzzaman)

‘Puas kejap tapi tanggung dosa sampai bila-bila’

Buka aib semata nak dapatkan ‘validation’ daripada netizen di luar sana? Rasanya tak perlulah kot. Kepuasan hati itu sekejap je tapi you akan tanggung dosa itu sampai bila-bila.

Sekadar info, Ira Kazar pernah berkahwin dengan pengarah serta pelakon hebat, Syamsul Yusof pada 6 Januari tahun lalu di Songkhla, Thailand, di mana ketika itu Syamsul masih bergelar suami kepada pelakon, Puteri Sarah.

Bagaimanapun, perkahwinan bersama Syamsul tidak bertahan selepas mereka disahkan bercerai talak satu pada 5 September 2024.

image is not available 4 months ago

"Terima Kasih Kak Wakilkan Kami.." - Video Zarina Zainuddin 'Lempang' Muka Ira Kazar Jadi Sorotan