“Untuk saudara kita” – Pemuda Sertai Misi ‘Airdrop’ Ke Gaza, Sediakan Bantuan Di Jordan

Entertainment
29 May 2024 • 10:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Walaupun banyak bantuan kemanusiaan disumbang ke rakyat Palestin, bukan mudah untuk kesemua bantuan tersebut masuk ke sempadan Gaza disebabkan sekatan yang dibuat oleh tentera Israel.

Oleh itu, banyak negara di dunia menggunakan alternatif airdrop iaitu bantuan kemanusiaan yang dilepaskan melalui ruang udara untuk penduduk Gaza.

Perjalanan ke Jordan hampir dua hari

Satu hantaran yang dimuat naik oleh @haroqscrazy memaparkan pengalamannya menyertai misi bantuan air drop yang dijalankan oleh pempengaruh media sosial iaitu Farah Lee.

Perjalanan bermula dari Malaysia dan masuk ke negara Jordan yang mengambil masa hampir dua hari. Di salah sebuah tempat perlindungan rakyat Palestin di Jordan, dia bersama sukarelawan yang lain menyediakan 300 kotak bantuan makanan hasil daripada sumbangan orang ramai yang baik hati.

Masa ni bungkus 300 kotak bantuan dengan Kak Farah Lee. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menyumbang. FLChildrity dah berjaya mendapat sumbangan sebanyak RM131 ribu. Lagi RM20 ribu untuk capai target..

Kitorang sampai je Jordan, tak rehat apa terus buungkus bantuan.. InsyaAllah esok, atau lusa kita akan air drop melalui tentera udara. Doakan perjalana kami selamat.

@haroqscrazy

For Children and Family in Gaza abang rela korbankan segala kudrat tenaga untukmu jom sama sama doa untuk mereka #fypp #haroqs #haroqsstyle #haroqsreview #haroqstravel #haroqsmedia #clientharoq #haroq #fyp #haroqsmerch

♬ We Will Not Go Down (Song for Gaza) – Michael Heart

Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet terharu melihat usaha mereka memberi bantuan untuk rakyat Palestin. Bagaimanapun, ada yang mendakwa bantuan secara air drop tersebut sudah disekat namun pemilik video itu bersangka baik.

image is not available

Selain itu, ramai antara netizen mendoakan agar urusan para sukarelawan dipermudahkan dan ada juga yang berniat untuk menyertai misi bantuan seperti ini.

image is not available image is not available

Moga dipermudahkan!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved