Untung bersih Ajinomoto naik 44% kepada RM71 juta bagi FY26 didorong penurunan kos bahan mentah

LocalBusiness & Finance
27 Jul 2026 • 4:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih Ajinomoto naik 44% kepada RM71 juta bagi FY26 didorong penurunan kos bahan mentah Image from: Untung bersih Ajinomoto naik 44% kepada RM71 juta bagi FY26 didorong penurunan kos bahan mentah amree27/07/2026 - 16:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 JulaiAjinomoto (Malaysia) Berhad mencatatkan peningkatan 43.86% keuntungan bersih kepada sebanyak RM71.4 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2026 (FY26).

 

Lonjakan prestasi itu berbanding RM49.7 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh kos bahan mentah utama yang lebih rendah serta pengurangan dalam perbelanjaan pentadbiran syarikat tersebut sendiri.

 

Menurut maklumannya kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu melaporkan pendapatan sebanyak RM710.2 juta, dengan peningkatan kira-kira 3.8% berbanding RM684.5 juta pada tahun kewangan 2025 (FY25).

 

"Perkembangan ini dipacu oleh jualan yang lebih tinggi dalam kedua-dua segmen perniagaan pengguna dan perniagaan industri, terutamanya bagi produk jenama AJI-NO-MOTO® dan "TENCHO"," kata Ajinomoto.

 

Pendapatan segmen perniagaan penguna meningkat 4.7% kepada RM547.9 juta, dengan keuntungan melonjak 22.3% kepada RM55.1 juta, meskipun hasil eksport terkesan oleh krisis di rantau Timur Tengah.

 

Sementara pendaparan segmen perniagaan industri pula ujarnya, kekal stabil iaitu sebanyak RM162.3 juta dengan peningkatan kecil 0.8%, manakala keuntungan segmen ini naik 7.8% kepada RM22.5 juta.

 

Ajinomoto_DagangNews2026

 

Jelas Ajinomoto, walaupun mencatatkan pertumbuhan jualan positif bagi jenama seperti TUMIX®, Seri-Aji®, dan aminoVITAL®, pertumbuhan hasil keseluruhan adalah lebih rendah berbanding volume jualan.

 

"Keadaan tersebut disebabkan oleh faktor penyusutan ketara nilai dolar Amerika Syarikat (AS) pada FY26 berbanding mata wang ringgit yang menjejaskan jualan eksport syarikat," kata kumpulan berkenaan.

 

Pendapatan sesaham (EPS) pula bertambah kepada 117.51 sen daripada 81.7 sen pada FY25, namun begitu syarikat memaklumkan tiada dividen yang diisytiharkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.

 

Melangkah ke hadapan, Ajinomoto kekal optimis terhadap prospek pertumbuhan jangka panjang di pasaran negara ini yang disokong oleh permintaan domestik cukup stabil bagi pelbagai produk makanan.

 

Justeru, kumpulan berkenaan merancang untuk terus memperkukuh kedudukan jenama dan meluaskan jangkauan pasaran bagi memacu pertumbuhan mampan selaras dengan pelan hala tuju 2030. 

 

Laporan tahunan itu bagaimanapun tidak menyatakan syarikat masih tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia, dengan Lembaga Pengarah mengesahkan pematuhan keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.

 

Setakat 30 Jun 2026, syarikat induk iaitu Ajinomoto Co Inc memegang 50.38% saham dan tiada sebarang maklumat mengenai penyahsenaraian kumpulan itu daripada bursa saham tempatan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved