United Malacca catat untung bersih RM142 juta, naik 50% bagi FY26 didorong pengeluaran tinggi

LocalBusiness & Finance
26 Jun 2026 • 6:20 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

United Malacca catat untung bersih RM142 juta, naik 50% bagi FY26 didorong pengeluaran tinggi Image from: United Malacca catat untung bersih RM142 juta, naik 50% bagi FY26 didorong pengeluaran tinggi amree26/06/2026 - 18:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 26 JunUnited Malacca Berhad mencatatkan lonjakan keuntungan bersih 50% kepada RM142.35 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2026, berbanding RM94.94 juta pada FY25.

 

Peningkatan prestasi yang ketara ini didorong terutama oleh peningkatan pengeluaran tandan buah segar (FFB) sebanyak 14% atau 61,595 tan metrik bagi seluruh operasi kumpulan perladangan itu.

 

Prestasi baik daripada operasi kilang minyak sawit dan kos pengeluaran seunit yang rendah turut menyumbang pertumbuhan ini, serta mengimbangi harga purata minyak sawit mentah (MSM) yang rendah.

 

"Malacca United mencatatkan pendapatan sebanyak RM813.4 juta, meningkat kira-kira 14% berbanding sebanyak RM711.2 juta pada tahun kewangan 2025," jelas syarikat berkenaan kepada Bursa Malaysia.

 

Prestasi suku keempat berakhir 30 April 2026, merekodkan untung bersih RM20.9 juta, susut 11% berbanding suku yang sama tahun lalu (RM23.36 juta) disebabkan oleh penurunan harga MSM.

 

Pengeluaran FFB di Malaysia meningkat 14%, manakala operasi di Indonesia mencatatkan pertumbuhan 12%, hasil daripada profil umur pokok yang lebih matang dan peningkatan hasil di ladang.

 

Lembaga Pengarah Malacca United mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 7 sen dan dividen khas 6 sen sesaham, menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi tahun kewangan 2026 adalah 20 sen.

 

"Mengenai prospek masa depan, kumpulan menjangkakan pengeluaran FFB kekal stabil bagi tahun kewangan 2027, disokong profil usia tanaman yang lebih baik dan kecekapan operasi berterusan.

 

Pengurusan syarikat akan terus memberikan tumpuan kepada meningkatkan produktiviti buruh, inisiatif automasi, serta kecekapan kos untuk memaksimumkan hasil minyak sawit. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved