Untung bersih MN Holdings pada 4QFY25 naik hampir 3 kali ganda kepada RM12.06 juta

Business & Finance
25 Aug 2025 • 6:23 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih MN Holdings pada 4QFY25 naik hampir 3 kali ganda kepada RM12.06 juta

image is not available

25/08/2025 - 18:23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Untung bersih MN Holdings Berhad pada suku keempat berakhir 30 Jun 2025 (4QFY25) meningkat hampir tiga kali ganda kepada RM12.06 juta berbanding RM4.9 juta disumbangkan peningkatan hasil dalam segmen kejuruteraan pencawang.

Katanya, hasil segmen itu meningkat sebanyak 359% kepada RM145.29 juta berbanding RM31.62 juta pada 4QFY24 dan ia merangkumi 81% daripada keseluruhan hasil.

Hasil kumpulan pada suku berkenaan naik 144% kepada RM179.42 juta berbanding RM73.44 juta.

"Bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2025 (FY25), kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM535.43 juta, lebih daripada dua kali ganda berbanding RM256.18 juta pada FY24.

"Untung bersih melonjak 182% tahun ke tahun kepada RM48.36 juta pada FY25 berbanding RM17.16 juta pada FY24 dengan segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah menyumbang baki 33%, menunjukkan prestasi seimbang merentasi bahagian teras kumpulan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Pengarah Urusan MN, Datuk Clement Toh berkata, pencapaian itu mencerminkan kedudukan strategik kumpulan serta komitmen terhadap kecemerlangan dalam bidang infrastruktur tenaga dan utiliti.

Katanya, keuntungan asas kumpulan terus menunjukkan peningkatan ketara, menonjolkan ketahanan model perniagaan.

“Seiring dengan usaha Malaysia memperluas infrastruktur tenaga boleh diperbaharui dan pusat data, yang disokong oleh pelaburan awam-swasta yang kukuh di bawah RP4, Rancangan Malaysia Ke-13, serta pelbagai inisiatif nasional, kami berada dalam kedudukan yang kukuh untuk merebut peluang pertumbuhan ini.

"Kami kekal komited kepada pelaksanaan yang berdisiplin, memperkukuh buku pesanan kami, dan memberikan nilai jangka panjang kepada para pemegang kepentingan," katanya.- DagangNews.com

standard