Untung bersih Yinson meningkat kepada RM239 juta pada 3QFY26

LocalBusiness & Finance
12 Dec 2025 • 4:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Untung bersih Yinson meningkat kepada RM239 juta pada 3QFY26
image is not available
liza12/12/2025 - 16:02 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Dis – Keuntungan bersih Yinson Holdings Berhad berjumlah RM239 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2026, meningkat berbanding RM200 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

 

Namun, jumlah hasil yang diperolehi pada 3QFY26 merosot 7.1% kepada RM1.72 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tempoh sama sebelumnya.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Yinson berkata, keuntungan sebelum cukai pula ialah sebanyak RM351 juta, meningkat berbanding RM297 juta pada suku sama tahun lalu.

 

“Bagi tempoh 9 bulan berakhir 31 Okt, Yinson mencatat keuntungan bersih sebanyak RM455 juta, merosot 24.9% berbanding RM606 juta sebelum ini manakala hasil pula merosot 30.5% kepada RM4.3 bilion berbanding RM6.2 bilion tempoh sama tahun lalu,” kata Yinson dalam makluman tersebut.

 

Pendapatan asas sesaham (EPS) bagi suku ini ialah 4.80 sen, manakala dividen yang dicadangkan ialah 1 sen sesaham.

 

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Han Weng berkata, kestabilan operasi FPSO, pelancaran Hydromover 2.0 serta kelulusan projek tenaga boleh diperbaharui menunjukkan kepelbagaian dan kekukuhan model perniagaan Kumpulan.

 

“Yinson GreenTech melancarkan Hydromover 2.0 generasi baharu dan menandatangani perjanjian dengan Yacht International, menandakan kemasukannya ke pasaran Timur Tengah.

 

“Yinson GreenTech juga mengumumkan kerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad untuk memperkenalkan stesen pengecas kenderaan elektrik integrasi pertama di Malaysia yang terletak di Hentian R&R Seremban.

 

“Sementara itu, Yinson Renewables mencatat satu pencapaian penting apabila menerima kelulusan daripada Pejabat Pelaburan Luar Negara New Zealand, membolehkan syarikat mengembangkan projek tenaga boleh diperbaharui, sekali gus menyumbang kepada keperluan campuran tenaga negara,” katanya.

 

Tiga segmen utama Kumpulan itu ialah Yinson Production (FPSO global), Yinson Renewables (tenaga boleh diperbaharui), dan Yinson GreenTech (solusi hijau untuk pengangkutan dan logistik). - DagangNews.com

Terkini standard