“Untung mak awak” – [VIDEO] Netizen Kagum Dua Beradik Gigih Tunaikan Permintaan Ibu Tercinta

Entertainment
28 Dec 2022 • 3:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ibu bapa adalah orang yang banyak berkorban semasa membesarkan kita dan mesti akan sampai satu masa dalam kehidupan kita di mana kita mahu berbakti kepada mereka sebagai seorang anak.

Berbakti kepada mereka tidak semestinya dengan pemberian wang ringgit kerana ada banyak lagi cara untuk menabur bakti kepada mereka.

Macam baru-baru ini, telah tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan proses pembikinan dapur oleh dua orang adik beradik telah mendapat perhatian warganet.

@aminxabid

Nak bagi duit lambat lagi, mampu bagi kederat ja image is not availableimage is not available

♬ original sound – Music image is not available

Tak upah kontraktor pun?!

Difahamkan, Muhammad Amin Othman, 22 dan kembarnya Muhammad Abid memberitahu bahawa dapur mereka sebelum ini jenis terbuka dan membuatkan ibu mereka memasak dalam keadaan terdedah.

Susulan itu, mereka hendak memastikan reka bentuk dapur yang dirancang adalah ringkas, namun dapat berfungsi dan bersesuaian dengan kegunaan ibu mereka.

Kerja pengubahsuaian itu dilakukan sepenuhnya oleh mereka sendiri tanpa mengupah kontraktor di kediaman mereka di Sri Manjung, Perak dan hanya mengambil masa sebulan di antara September dan Oktober 2021.

image is not available

Amin dan Abid menjelaskan, mereka tidak sangka bahawa proses itu dapat disiapkan dalam masa sebulan, ini kerana mereka perlu kembali ke universiti jadi kerja pengubahsuaian harus dipercepatkan.

“Kami bersemangat untuk menyiapkan dapur dengan cepat supaya ibu dapat memasak dalam keadaan yang lebih selesa dan bersih.”

” Bukan setakat itu, ibu juga dapat melakukan kerja-kerja rumah lain lebih selamat seperti membasuh baju kerana bahagian dapur tertutup,” katanya.

“Overall semua kos RM8k sahaja” – Amin & Abid

image is not available

Walaupun menghadiri kelas dalam talian ketika itu, mereka tetap menumpukan perhatian kepada kerja-kerja pengubahsuaian tanpa mengira masa, malah ada kalanya kerja itu berlangsung sehingga pukul 3 pagi.

Abid dan Amin merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok, Kedah.

Tambah mereka, kos ubah suai dapur rumah mereka itu menelan belanja kira-kira RM8,000 yang dibiayai oleh abang mereka.

image is not available

Abang mereka turut menyokong tindakan pasangan kembar itu kerana semua itu untuk ibu mereka dan kerja-kerja ubah suai juga dibantu oleh bapa mereka.

Melihat hasil dapur yang baharu itu, ibu mereka ternyata gembira dan kini lebih bersemangat untuk memasak dan mengemas dapur.

Untung mak awak – Netizen

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memberi pujian kepada pasangan kembar itu kerana menabur bakti terhadap ibu bapa mereka.

image is not available

image is not available

Sumber : TikTok, mStar

Pehh power betul dua beradik ni ehh..

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.