UOA Development catat jualan belum dibil RM515.8 juta, sokong pendapatan masa depan

27 Nov 2026 • 4:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

UOA Development catat jualan belum dibil RM515.8 juta, sokong pendapatan masa depan Image from: UOA Development catat jualan belum dibil RM515.8 juta, sokong pendapatan masa depan sarah27/11/2026 - 16:26 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 27 Nov - UOA Development Bhd (UOA) mencatatkan jualan hartanah belum dibil sebanyak RM515.8 juta setakat 30 September 2026, yang akan menyokong pendapatan kumpulan pada tempoh akan datang seiring kemajuan projek pembangunannya.

 

Pemaju hartanah itu turut mencatatkan jualan hartanah baharu bernilai RM485.8 juta bagi sembilan bulan pertama 2026, disokong sumbangan daripada lima projek pembangunan utamanya.

 

Jualan tersebut sebahagian besarnya disumbangkan oleh Aethera Residences, Laurel Residence, Aster Hill, Bamboo Hills Residences dan Duo Tower.

 

UOA memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah kediaman dan komersial dalam segmen sederhana hingga mewah, dengan projeknya tertumpu di Lembah Klang.

 

Kumpulan itu mempunyai bahagian pembangunan dan pembinaan bersepadu sendiri yang membolehkannya melaksanakan projek secara lebih efisien dalam tempoh pembangunan lebih singkat.

 

Keuntungan bersih meningkat meskipun pendapatan menyusut

Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026, UOA mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM116.5 juta berbanding RM115.6 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya.

 

Bagaimanapun, pendapatan kumpulan menyusut kepada RM183.4 juta berbanding RM217.3 juta setahun sebelumnya.

 

UOA dalam kenyataan hari ini berkata, pendapatan dan keuntungan bersih bagi suku berkenaan disumbangkan terutamanya oleh pengiktirafan hasil secara berperingkat daripada projek pembangunan yang sedang dilaksanakan.

 

Projek berkenaan meliputi Aster Hill, Bamboo Hills Residences, Duo Tower dan Aethera Residences.

 

UOA yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia terlibat terutamanya dalam pembangunan hartanah, pembinaan dan pelaburan hartanah menerusi anak syarikat serta syarikat bersekutunya.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved