Upah RM300 seorang bawa tujuh PATI ke Kuala Lumpur

12 Nov 2026 • 9:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Upah RM300 seorang bawa tujuh PATI ke Kuala Lumpur

GUA MUSANG – Kegiatan membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan upah RM300 bagi setiap individu terbongkar selepas seorang lelaki tempatan ditahan ketika membawa tujuh warga Myanmar di Kilometer 10, Jalan Sungai Terah, di sini, semalam.

Lelaki berusia 40 tahun itu dipercayai mengambil kesemua warga asing berkenaan di sekitar Pasir Mas sebelum membawa mereka ke Kuala Lumpur menggunakan sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kegiatan itu dikesan sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang ketika menjalankan rondaan cegah jenayah kira-kira pukul 10.50 pagi.

Image from: Upah RM300 seorang bawa tujuh PATI ke Kuala Lumpur
Warga Myanmar yang ditahan menaiki Perodua Aruz di Kilometer 10, Jalan Sungai Terah, Gua Musang, semalam. Foto IHSAN POLIS

Katanya, pemeriksaan mendapati kenderaan itu membawa tujuh penumpang terdiri daripada lima lelaki dan dua wanita berusia antara 17 hingga 39 tahun.

“Kesemua penumpang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah ketika pemeriksaan dilakukan.

“Polis menahan pemandu dan kesemua penumpang bagi membantu siasatan selain merampas sebuah Perodua Aruz serta telefon bimbit untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Image from: Upah RM300 seorang bawa tujuh PATI ke Kuala Lumpur
Warga Myanmar yang ditahan menaiki Perodua Aruz di Kilometer 10, Jalan Sungai Terah, Gua Musang, semalam. Foto IHSAN POLIS

Choon Foo berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak lain yang turut terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) akta sama. – KOSMO! ONLINE

 

The post Upah RM300 seorang bawa tujuh PATI ke Kuala Lumpur appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved