
KLUANG – Polis sedang mengesan dan menyiasat kejadian seorang lelaki yang didakwa menggantung seekor kucing ditepi tingkap sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya.
Kejadian yang dikatakan berlaku di Kluang Baru itu tular di media sosial sehingga mencetuskan kecaman orang ramai.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh ketika dihubungi berkata, pihaknya tiada menerima laporan berkaitan kejadian yang di viralkan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata siasatan akan dijalankan bagi menjejaki individu yang terlibat. – KOSMO! ONLINE
The post Polis cari individu gantung kucing tepi tingkap kereta appeared first on Kosmo Online.





![[VIDEO] Polis buru dua lelaki samun kedai emas](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/11/IMG-20261112-WA0076-1-1024x571.jpg)