“Upah RM5,000 Setiap Penghantaran” – Polis Tahan Sepasang Kekasih Jadi ‘Balaci’ Dadah

1 Jul 2026 • 2:32 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Bayangkan dengan hanya satu penghantaran, ada pihak sanggup membayar upah sehingga RM5,000. Namun di sebalik bayaran yang nampak lumayan itu, risikonya bukan kecil kerana ia melibatkan dadah bernilai ratusan ribu ringgit.

Itulah yang berlaku apabila sepasang kekasih diberkas polis selepas dipercayai terlibat sebagai kurier dadah dalam satu serbuan di Genting Permai, Bentong, Isnin lalu.

Ditahan dalam kereta selepas check in hotel

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki tempatan berusia 37 tahun berasal dari Kedah dan teman wanitanya, warga asing berusia 35 tahun.

polis
Kredit: Harian Metro (Muhammad Delima Atan)

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, pasangan itu dipercayai mendaftar masuk ke sebuah hotel sebelum ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta di kawasan parkir.

Polis Kontinjen Pahang menerusi Ops Tapis Khas (Operasi Hawks) membuat pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek membawa kepada penemuan pelbagai jenis dadah bernilai RM728,510.

Antara dadah yang dirampas ialah ketamin seberat tiga kilogram (kg), kokain (1 kg), serbuk MDMA (670 gram), syabu (500 gram) dan Erimin 5 (4 gram) dengan nilai keseluruhan RM728,510.

Lebih membimbangkan, Azry Akmar berkata jumlah dadah yang dirampas itu mampu merosakkan kira-kira 10,000 pengguna sekiranya terlepas ke pasaran.

Image from: “Upah RM5,000 Setiap Penghantaran” – Polis Tahan Sepasang Kekasih Jadi ‘Balaci’ Dadah
Kredit foto: Sinar Harian

Suspek lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai bersama teman wanitanya dipercayai menjadikan aktiviti berkenaan sebagai kerja sambilan sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Hasil siasatan awal mendapati bekalan dadah itu diperoleh dari Lembah Klang untuk pasaran sekitar Pantai Timur.

Dalam masa sama, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Pssttt! Kerja sambilan macam ini bukan saja membahayakan diri sendiri, tetapi boleh merosakkan masa depan ribuan orang lain. Harapnya tindakan tegas pihak berkuasa dapat memberi pengajaran kepada mana-mana individu yang cuba menjadikan dadah sebagai jalan mudah untuk mencari duit.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Upah RM5,000 Setiap Penghantaran” – Polis Tahan Sepasang Kekasih Jadi ‘Balaci’ Dadah appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved