‘Update’ IG Story Di Tangga, View Chin Dah Balik Ke Pejabat

Entertainment
26 Apr 2023 • 3:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, sosial media gamat dengan berita influencer TikTok, View Chin yang dikatakan bermain kayu tiga dengan isterinya Shermine Hau atau lebih dikenali sebagai Ah Moi.

Skandal yang menimpa rumah tangganya itu menjadi bualan ramai sehingga hari ini, dikatakan influencer itu menjalinkan hubungan dengan salah seorang pekerjanya yang dikenali sebagai Mira.

Terbaru, View Chin memuat naik sebuah gambar di IG Story miliknya yang memaparkan tangga pejabatnya dengan tanda pagar (hashtag) #tangga.

image is not available

“Rasa lama tak balik office,” tulisnya.

Perbualan mesej antara View Chin bersama Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira itu mendapat perhatian pengguna media sosial apabila terdapat perbualan di mana mereka mahu berjumpa di tangga.

Selain itu, dalam laporan Kosmo!, dia menyatakan bahawa dia terpaksa merehatkan perniagaannya buat sementara waktu bagi memberi laluan untuk menyelesaikan masalah peribadinya itu.

“Kemungkinan untuk pembekal dan jenama produk untuk menarik diri dari memasarkan produk bersama saya adalah tinggi sekiranya krisis antara dengan bekas isteri berterusan,” katanya.

Malah, dia turut memberitahu keadaan perniagaannya dalam bahaya dan mungkin akan mengalami kerugian mencecah sehingga jutaan ringgit.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.