UPKO Keluar Daripada Pakatan Harapan

LocalPolitics
10 Nov 2025 • 9:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

UPKO Keluar Daripada Pakatan Harapan

KOTA KINABALU, 10 Nov (Bernama) — Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta, kata Setiausaha Agungnya Datuk Nelson W Angang.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO hari ini dan keputusan berkenaan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti komponen PH yang lain.

“Setelah mempertimbangkan penyertaan dalam PH selama empat tahun dan seruan rakyat Sabah agar penyatuan parti-parti tempatan Sabah dimulakan melalui pilihan raya ini, maka Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO memutuskan untuk mengundur diri daripada PH serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, tarikh penamaan calon pula pada 15 Nov manakala tarikh pengundian awal pada 25 Nov.

Pada PRN Sabah pada 2020 menyaksikan UPKO bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun hanya memenangi satu kerusi iaitu DUN Kadamaian menerusi Presiden parti itu Datuk Ewon Benedick.

Sumber: BERNAMA

The post UPKO Keluar Daripada Pakatan Harapan appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved