‘Upload’ Video Bakar ‘Marshmallow’ Berdua, Netizen Dakwa Ira Kazar Sengaja ‘Provoke’ Puteri Sarah

Entertainment
27 Jan 2023 • 10:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Semalam, pelakon Puteri Sarah Liyana telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram memaklumkan bahawa dia dan dua orang anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah Umrah.

Namun, apa yang menjadi perhatian netizen ialah pelakon berusia 37 tahun itu dilihat hanya ditemani oleh ahli keluarga ketika berada di lapangan terbang Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Susulan itu, orang ramai telah mempersoalkan keberadaan suaminya iaitu pengarah, Syamsul Yusof yang tidak kelihatan di lapangan terbang untuk menemani isteri dan anak-anak sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Malah, isteri kedua kepada pengarah berkenaan iaitu Ira Kazar telah memuat naik sebuah hantaran video di Insta Story memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti membakar marshmallow bersama ‘seseorang’.

image is not available

Susulan itu, video berkenaan telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai sehingga dimuat naik semula oleh seorang pengguna di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mendakwa bahawa anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu sengaja mengundang provokasi terhadap Puteri Sarah.

Bukan itu sahaja, netizen turut memberi peringatan kepada Ira bahawa kifarah itu wujud dan apa yang dilakukan olehnya kepada madunya itu akan berbalik kepada dirinya sendiri.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Sampai Hati Si Bapak.." - Tiada Kelibat Syamsul Yusof, Puteri Sarah Tunai Umrah Bersama Anak-Anak