Miss World 2026: Ratu Malaysia raih tempat ketiga

6 Sep 2026 • 2:07 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Miss World 2026: Ratu Malaysia raih tempat ketiga

VIETNAM – Selepas 28 tahun, Malaysia kembali mengulangi kejayaan di pentas Miss World apabila Taanusiya Chetty berjaya memenangi tempat ketiga dalam pertandingan yang berlangsung di Nha Trang, Vietnam.

Kali terakhir Malaysia mengikut kejayaan dalam pertandingan ratu cantik dunia adalah menerusi kemenangan Lina Teoh pada 1998.

Selain meraih tempat ketiga, Taanusiya juga merangkul gelaran Miss World Asia.

Jelitawan kelahiran Kuala Lumpur itu turut menjadi pemenang bagi anugerah Beauty With A Purpose yang merupakan sebuah projek kebajikan dan kemanusiaan, lebih penting lagi ‘jantung’ kepada pertandingan Miss World.

Dia berjaya menawan hati barisan juri dengan projek menubuhkan sekolah di dalam hospital Orang Asli yang terletak di Gombak.

Ketika pusingan menjawab soalan di peringkat Top 6 dalam acara kemuncak malam tadi, Taanusiya ditanya tentang tanggungjawab yang dimiliki bagi melindungi alam sekitar untuk generasi masa depan dan bagaimana dia mampu memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk turut serta.

Menurut Taanusiya, sebagai seorang guru, dia akan mempengaruhi para  pelajar untuk menanam pokok sejak usia muda.

“Apabila menanam pokok mereka bukan sahaja akan membantu memulihara alam sekitar , tetapi juga belajar erti kesabaran menunggu benih yang ditanam untuk tumbuh.

“Apabila anda melakukan itu, anda akan memberikan inspirasi kepada orang lain di seluruh dunia,” jawabnya dengan penuh yakin.

Mahkota Miss World 2026 menjadi milik jelitawan Dominican Republic, Joheirry Mola Dominguez manakala naib juara pula disandang wakil  Sepanyol, Elisabeth Alabern.

Tahun ini, seramai 111 peserta dari seluruh dunia berentap untuk merebut mahkota Miss World edisi ke-73. Tahun lalu mahkota tersebut dimenangi wakil Thailand, Opal Suchaata.

Sejak pertandingan bermula, Tanuusiya sering menjadi perhatian ramai pencinta pertandingan ratu cantik di seluruh dunia dan namanya selalu disebut-sebut sebagai calon juara. – KOSMO! ONLINE

The post Miss World 2026: Ratu Malaysia raih tempat ketiga appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved