UPSI Tegaskan Program Matrikulasi Perlu Dikekalkan

LocalPolitics
13 Sep 2025 • 2:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Program matrikulasi perlu dikekalkan sebagai salah satu laluan utama ke pengajian tinggi demi memastikan akses pendidikan yang adil dan menyeluruh bagi semua pelajar.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menegaskan perkara itu susulan isu pemansuhan matrikulasi yang hangat diperdebatkan ketika ini.

Menurut UPSI, Pemansuhan program matrikulasi akan menghadkan peluang pelajar ke pendidikan tinggi dan tidak selari dengan matlamat pembangunan pendidikan negara dalam jangka panjang.

“UPSI sentiasa yakin bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia amat komited dalam memastikan anak-anak Malaysia mendapat peluang pendidikan tinggi yang adil selaras dengan Perlembagaan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Pihak UPSI amat berharap agar isu ini tidak menjadi polemik yang berterusan dan menasihatkan semua pihak agar berganding bahu dalam memartabatkan mutu pendidikan tinggi negara,” katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menegaskan bahawa program Matrikulasi wajar dikekalkan kerana ia adalah salah satu laluan penting ke pendidikan tinggi.

“Ia selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan bakat masa depan.

“Pemansuhan program tersebut berpotensi mengehadkan peluang pelajar ke peringkat universiti dan tidak seiring dengan matlamat pembangunan pendidikan negara dalam jangka masa panjang, khususnya dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk pembangunan negara,” katanya.