
SETIAP detik kecil bersama anak pastinya amat bermakna, lebih-lebih lagi selepas perpisahan.
Pelakon Uqasha Senrose baru-baru ini memuat naik satu perkongsian yang meraih perhatian ramai.
Pemilik nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen dalam hantarn tersebut memuat naik momen manis apabila anak perempuannya, Hawra Uqaira, dibawa berjalan-jalan oleh bekas suaminya, Kamal Adli.
Video yang dimuat naik melalui Instastory memaparkan Uqaira berdiri dengan wajah teruja sambil menatap ikan-ikan di dalam akuarium.
“Thank you ayah (Kamal) bawa Qeya (panggilan Uqaira) jalan-jalan,” tulis Uqasha dengan penuh penghargaan kepada Kamal atas masa yang diluangkan bersama anak mereka.
Dalam nada penuh sayu, Uqasha turut memohon maaf kerana tidak dapat menemani anak perempuannya itu disebabkan komitmen kerja yang padat.
“Sorry anak ibu, ibu shooting dari pagi ke pagi. Nanti bubu (Uqasha) bawa Qeya jalan-jalan pula okay,” tulisnya lagi.

Kehidupan selepas penceraian
Hantaran Uqasha ini bukan sekadar menunjukkan kasih sayang seorang ibu, malah memperlihatkan hubungan baik meskipun selepas perpisahan.
Momen sebegini menjadi inspirasi bagi ramai ibu bapa bahawa anak tetap menjadi keutamaan walaupun peranan sebagai pasangan telah berubah.
Terdahulu, Uqasha dan Kamal sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari 2026.

Lafaz cerai dibuat oleh Kamal di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas permohonan yang difailkan Uqasha pada 1 Oktober 2025.
Pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Hawra Uqaira.
Walaupun perpisahan berlaku, komitmen untuk memastikan kebahagiaan anak menjadi keutamaan kedua-dua ibu bapa.
Momen kecil seperti ini membuktikan bahawa kehidupan selepas perceraian tetap boleh dijalani dengan harmoni demi anak, sambil mengekalkan hubungan positif antara ibu dan ayah.


