Usah derhaka! Asyraf Wajdi persoal tindakan tangguh tahanan rumah Najib

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 9:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usah derhaka! Asyraf Wajdi persoal tindakan tangguh tahanan rumah Najib

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Dusuki mempersoalkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) yang menyatakan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak wajar ditangguhkan sementara menunggu penjelasan undang-undang dimuktamadkan.

Semua syarat sudah dipenuhi

Menerusi hantaran di media sosial, Asyraf menegaskan bahawa semua syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Pengampunan telah pun dipenuhi, termasuk pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu.

“Hormatilah Titah dan Kuasa Pengampunan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah peruntukan perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
“Tuanku melalui Lembaga Pengampunan telahpun membuat keputusan dan menitahkan syarat-syarat yang telahpun dipenuhi.
“Apa keperluan untuk menangguhkan lagi perlaksanaan tahanan dalam rumah setelah pembayaran denda telah sempurna dilunaskan?” katanya.

Terdahulu, AGC dalam kenyataannya petang tadi memaklumkan bahawa pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib wajar ditangguhkan sementara menunggu penjelasan undang-undang dimuktamadkan.

Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi memandangkan perintah pelepasan tahanan rumah telah dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan diserahkan kepada Jabatan Penjara sejurus Najib menjelaskan denda RM50 juta pada hari ini.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved