Usaha ambil kawasan hijau di KL untuk pembangunan perlu dielakkan

LocalEnvironment
22 Aug 2026 • 10:31 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Usaha ambil kawasan hijau di KL untuk pembangunan perlu dielakkan

KUALA LUMPUR: Kawasan hijau di ibu negara perlu terus dipelihara dan dilindungi daripada diambil untuk tujuan pembangunan bagi memastikan kawasan berkenaan kekal terpelihara pada masa hadapan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, Kuala Lumpur sudah mempunyai cukup banyak pembangunan komersial, justeru tumpuan perlu diberikan kepada usaha menghijaukan kawasan bandar.

“Saya tidak mahu pada masa hadapan ada sebarang usaha untuk mengambil kawasan-kawasan hijau di Kuala Lumpur untuk tujuan pembangunan.

“Saya fikir kita sudah mempunyai cukup banyak pembangunan komersial di Kuala Lumpur jadi saya mahu menghijaukan kawasan ini,” katanya ketika ditemui pada Program Ambil Angkat Taman Tugu, di sini hari ini. Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, kementeriannya menyalurkan peruntukan RM50,000, manakala DBKL turut menyumbang jumlah sama bagi usaha menanam dan memelihara pokok di Taman Tugu.

“Inisiatif berkenaan merupakan antara usaha menghijaukan ibu negara, selain memastikan pokok yang ditanam bersesuaian dengan keadaan cuaca dan tidak menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.

Sementara itu, Fadlun berkata, pengurusan kawasan hijau perlu mengambil kira kesesuaian pokok khususnya di kawasan luar Taman Tugu yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Sebanyak RM136 juta diperuntukkan bagi keperluan landskap serta kawasan hijau di Kuala Lumpur bagi 2026, termasuk penanaman pokok dan penyediaan kawasan rekreasi.

“Fokus kita untuk tahun-tahun mendatang adalah memperbanyakkan lagi penanaman pokok di kawasan bandar,” katanya.-UTUSAN

The post Usaha ambil kawasan hijau di KL untuk pembangunan perlu dielakkan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved