
KERAJAAN Negeri perlu mengikuti langkah Sarawak yang mewujudkan syarikat penerbangannya sendiri sebagai cabang ekonomi baharu, kata Ahli Dewan Undangan Negei (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah.
Beliau berkata cadangan itu perlu diberi keutamaan tinggi dalam agenda pembangunan Sabah kerana ia menjanjikan potensi pelaburan.
“Sudah tiba masanya untuk Sabah mula mengkaji untuk mewujudkan perniagaan penerbangannya sendiri sebagai pelaburan jangka panjang. Sabah perlu mewujudkan syarikat penerbangannya sendiri untuk manfaat rakyatnya, selain menyumbang kepada pembangunan domestik,” katanya dalam satu kenyataan.
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu mendakwa syarikat penerbangan negara sedia ada sentiasa membuli rakyat Sabah dan Sarawak dengan menaikkan harga tambang pada musim perayaan.
SPONSORED CONTENT Appreciating the past, preserving the present: A journey into the Orang Asli’s arts, culture THE Orang Asli's art is more than just a creative outlet, it also reflects their enduring ties to their homeland, identity, and culture. Read more “Apabila perayaan semakin hampir, syarikat penerbangan memanfaatkan peluang untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan harga tiket penerbangan sehingga 500 peratus.
“Saya kecewa rakyat Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya pelajar dan pekerja berpendapatan rendah di semenanjung terpaksa bekerja keras semata-mata untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Borneo.
“Semasa di semenanjung, Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM93 juta untuk subsidi tol selama empat hari semasa sambutan Aidilfitri tahun ini.
“Rakyat Sabah dan Sarawak sentiasa dianaktirikan dalam pengagihan subsidi walaupun kedua-dua negeri ini menyumbang paling banyak kepada ekonomi negara,” katanya.
Beliau menggesa Kerajaan Malaysia Madani, yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memastikan penduduk semenanjung dan Borneo mendapat subsidi yang sama rata.
Katanya, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri pada 23-25 Mei akan datang, beliau akan membentangkan cadangan supaya Kerajaan Negeri menubuhkan syarikat penerbangannya sendiri.
Beliau optimis Kerajaan Negeri dapat melaksanakan idea baharu itu kerana ia difikirkan perlu untuk membantu penduduk, pegawai kerajaan dan pemimpin Sabah berulang-alik antara semenanjung dan Sabah dengan tambang penerbangan yang murah dan berpatutan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
