Usahakan solat di mana-mana – Janna Nick

5 Sep 2026 • 5:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Usahakan solat di mana-mana – Janna Nick

PETALING JAYA – Meskipun sibuk mengembara dan menjelajah ke pelbagai pelosok destinasi percutian antarabangsa, pelakon Janna Nick tidak pernah menjadikan persekitaran sebagai kekangan melaksanakan solat lima waktu.

Menerusi perkongsian terbaharunya, pemilik nama lengkap Nurul Jannah Muner, 31, itu mengajak orang ramai berkongsi pengalaman melaksanakan ibadah itu ketika berada di luar negara.

“Sedang usahakan solat di mana-mana kita berada walaupun di negara yang bukan ‘muslim friendly’ (mesra Muslim).

“Kalau kalian ada pengalaman solat macam ini kongsilah cara yang terbaik, jadi saya boleh perbaiki lagi,” katanya dalam Threads.

Berkongsi lanjut, isteri kepada pelakon Dini Schatzmann itu memberitahu bahawa kelengkapan ringkas sudah memadai untuk memudahkan urusannya mengerjakan solat.

“Saya hanya berbekalkan satu telekung ‘travel’ dan botol semburan kecil.

“Harap tidur malam pengasas telekung ini akan selalu lena dan diulit mimpi indah sebab memudahkan hidup penjelajah macam saya,” ujarnya.

Perkongsian positif pelakon drama Suami Tanpa Cinta itu dihujani pujian ramai netizen yang turut berkongsi pelbagai petua dan pengalaman peribadi mendirikan solat ketika berada di luar negara.

“Subhana-Allah, siapa pun kita, solat paling utama. Ingatan terbaik,” kata pendakwah selebriti PU Amin.

“Masa jelajah ke Eropah, kadang-kadang memang tak ada tempat langsung. Saya sembahyang duduk, sama ada di atas kerusi di taman-taman atau kereta sewa parkir ikut arah kiblat,” ujar pengikut.

“Untuk info, pakaian yang kita pakai yang bersih dan menutup aurat pun boleh guna untuk solat kalau tiada telekung. Cuma pastikan longgar dan menutup aurat solat wanita terutamanya bahagian kepala, muka, pergelangan tangan dan kaki,” kata peminat. – KOSMO! ONLINE

The post Usahakan solat di mana-mana – Janna Nick appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved