Terlupa Tukar Lokasi Di Aplikasi, Janna Nick Solat Waktu Salah Ketika ‘Travel’ Luar Negara – “Nak Kena Qada Ke Semua?”

2 Sep 2026 • 11:58 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Perkongsian pelakon Janna Nick di Threads baru-baru meraih perhatian dan menerima pelbagai respon daripada pengguna media sosial selepas dia menceritakan pengalamannya menunaikan solat di negara luar.

Menerusi hantaran itu, Janna berkata dia terlupa menukar lokasi keberadaannya di aplikasi Muslim Pro ketika dia mengembara baru-baru ini dan hal tersebut membuatkan notifikasi waktu solat diterimanya tidak sama.

Advertisement

Solat tiga hari straight dekat negara baru travel, ikut waktu yang salah sebab lupa tukar location dekat Muslim Pro.

Janna Nick salah timing solat

Janna Nick dan suami

Kata Janna lagi, dia menyangka aplikasi berkenaan akan menukar lokasi pengguna secara automatik dan disebabkan itu dia telah menunaikan solat mengikut waktu tempat asal dan bukan lokasinya pada ketika itu.

Aktres berkenaan kemudian turut bertanya sama ada dia perlu qada solatnya dan hantaran tersebut mererima banyak respon dan jawapan daripada pengguna media sosial yang mengetahui akan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, Janna mendapat jawapan yang berbeza-beza dan  ada juga yang menceritakan pengalaman sama menggunakan aplikasi Muslim Pro.

Saya guna Muslim Pro juga, kadang-kadang dia tukar automatik tapi kadang-kadang tak pulak.

Janna Nick salah timing solat Janna Nick salah timing solat

Janna Nick salah timing solat

Min suggest Janna dapatkan jawapan daripada orang yang pakar dalam bidang ni…

Image from: Terlupa Tukar Lokasi Di Aplikasi, Janna Nick Solat Waktu Salah Ketika ‘Travel’ Luar Negara – “Nak Kena Qada Ke Semua?”2026-04-14 11:01:45

"Kanser? Sejak Bila Aku Ada Kanser?" - Janna Nick Dedah Mesej Pelik Dari ‘Azar Azmi’, Dakwa Minta Duit Untuk Rawatan Kanser

The post Terlupa Tukar Lokasi Di Aplikasi, Janna Nick Solat Waktu Salah Ketika ‘Travel’ Luar Negara – “Nak Kena Qada Ke Semua?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved