Usahawan Pakai Jaket Winter, Beg Tangan Mewah Lawat Mangsa Banjir Di PPS Raih Perhatian

LocalOpinion
2 Dec 2024 • 11:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bantuan banjir

Banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini menyaksikan ramai pihak tampil membantu, termasuk seorang usahawan bernama Juliana Mazlan.

Usahanya melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kelantan sambil memberikan sumbangan dan membantu menyediakan makanan mendapat perhatian ramai.

Usahawan pakai jaket winter, beg tangan mewah

Namun, ada segelintir netizen kurang sedang dengan pakaiannya yang dikatakan tidak sesuai. Dalam rakaman tersebut, Juliana dilihat memakai jaket musim sejuk dan membawa beg tangan mewah.

Ada yang menasihatinya untuk berpakaian lebih sederhana dan peka dengan keadaan sekeliling. Tidak kurang juga yang mempersoalkan niatnya, sama ada benar-benar untuk membantu atau sekadar “menayang kemewahan”.

Netizen beri pelbagai reaksi

image is not available

Walaupun begitu, ramai juga yang memuji usahanya turun padang dan memberikan bantuan. Bagi mereka, inisiatif yang diambil Juliana patut dihargai, memandangkan tidak semua orang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu mangsa banjir.

#OhmediaNasihat

Bantu orang dalam kesusahan adalah perkara yang sangat mulia. Namun, penting untuk kita sensitif dengan keadaan sekeliling dan menjaga kesesuaian diri supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Ikhlaskan niat, dan jangan terlalu ambil hati dengan kritikan jika niat kita betul.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @julianamazlan425


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved