Usia emas bukan penghalang semarak Hari Malaysia

17 Sep 2026 • 3:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Usia emas bukan penghalang semarak Hari Malaysia
Sebahagian pesara yang menyertai Fun Walk Hari Malaysia di Taman Tasik Shah Alam.

SHAH ALAM - Lebih 100 pesara dan ahli keluarga membuktikan usia emas bukan penghalang untuk terus menyemarakkan semangat patriotik menerusi Fun Walk Hari Malaysia di Taman Tasik Shah Alam di sini.

Program anjuran Kelab Pesara Muslimah Selangor (KPMS) itu menjadi wadah mengeratkan ukhuwah selain menyemarakkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan pesara yang pernah menabur bakti ketika usia muda.

Yang Dipertuanya, Latifah Sidek berkata, walaupun kebanyakan peserta sudah bergelar warga emas, namun semangat untuk meraikan hari bersejarah negara tidak pernah luntur.

"Peserta memilih aktiviti berjalan santai di sekitar tasik sambil menyanyikan lagu patriotik dan mengibarkan Jalur Gemilang.

"Kami memilih aktiviti berjalan perlahan-lahan di sekitar Tasik Shah Alam dan menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang di sekeliling tasik," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Latifah memberitahu, KPMS berharap semangat cintakan tanah air dalam kalangan masyarakat dapat terus dipupuk berlandaskan gagasan Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati.

"Dalam meniti usia emas, kami akan pergi jua suatu hari nanti, namun kesejahteraan negara hendaklah dinikmati dengan adil dan menyeluruh oleh semua masyarakat dan keturunan di Malaysia demi keharmonian bersama," tambah beliau.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved