Haram bagi isteri dalam iddah berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain – UAI

LocalPolitics
15 Oct 2024 • 9:38 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

‘Haram bagi isteri dalam iddah berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain..’

Demikian penjelasan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum seorang isteri berkenalan atau mempunyai dengan hubungan dengan lelaki lain semasa dalam tempoh iddah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Ustaz Azhar di media sosial, beliau telah menerima soalan berkaitan hukum seorang isteri dalam iddah berkenalan dengan lelaki lain.

image is not available

Kredit Foto: Carian Google | Sekadar gambar hiasan

Haram bagi isteri dalam iddah berkenalan

Kongsi Ustaz Azhar Idrus, hukumnya adalah haram kerana wanita berkenaan masih dalam isteri seseorang dan boleh kembali rujuk dengan suaminya sepanjang tempoh iddah.

“Haram isteri yang masih dalam eddah berkenalan atau bercinta dengan lelaki lain kerana dia masih dalam hukum isteri orang,”kongsinya

Malah, Imam Ibnu Quddamah dalam Kitab Al-Mughni berkata, perempuan dalam tempoh iddah raj’ie tidak halal bagi seseorang untuk masuk meminang.

image is not available

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pempengaruh dan usahawan, Jofliam minta bekas isterinya, Cik Epal jaga maruah sepanjang menjalani tempoh iddah selepas dikenenkan dengan pelakon popular, Fattah Amin.

Dalam pada itu, dia turut menyeru kepada orang ramai untuk menasihati individu yang terang-terangan melakukan kesalahan dan menghormati wanita yang sedang menjalani tempoh iddah.

Sumber: Instagram uaioriginal