Ustaz Didakwa 13 Pertuduhan Pukul Pelajar Madrasah Guna Topi Keledar

LocalPolitics
22 Dec 2025 • 4:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang ustaz madrasah yang tular di media sosial selepas didakwa memukul pelajar menggunakan topi keledar di sebuah premis di Telipok, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin atas 13 pertuduhan berasingan.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kes berkenaan telah selesai disiasat sebelum dibawa ke peringkat pendakwaan.

Ustaz ditahan pada hari yang sama video tular

image is not available

Menurutnya, siasatan dijalankan susulan penularan satu rakaman video pada 14 Disember lalu yang memaparkan perbuatan kekerasan terhadap pelajar madrasah terbabit.

Artikel lain: Kes Pukul Pelajar Madrasah: Sahabat Tampil Dedah Keperibadian Ustaz – ” Dia Sangat Baik Dan Lembut”

“Bertindak atas maklumat diterima, pihak polis menjalankan siasatan terperinci dan menahan suspek yang juga merupakan ustaz serta pengelola madrasah berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 17 Disember lalu.

image is not available

“Hasil arahan yang diterima, suspek didakwa hari ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan 13 pertuduhan berasingan berkaitan kesalahan menyebabkan kecederaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kasim menegaskan bahawa pihak polis memandang serius sebarang bentuk kekerasan, khusunya melibatkan kanak-kanak.

“Tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,” jelasnya.

image is not available

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi, tidak menyebarkan maklumat tidak sahih serta menghormati proses perundangan dan privasi semua pihak terlibat, terutama mangsa.

Katanya lagi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu akan menjalankan siasatan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang demi menjamin keadilan serta ketenteraman awam.

Sumber: Sinar Harian (Asyikin Asmin)

The post Ustaz Didakwa 13 Pertuduhan Pukul Pelajar Madrasah Guna Topi Keledar appeared first on Borak Daily.