Ustaz Wadi Annuar Kongsi Keadaan Terkini Selepas 2 Minggu Terlibat Kemalangan - “Patah Empat Di Tulang Rusuk”

7 Nov 2026 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Ustaz Wadi Annuar Kongsi Keadaan Terkini Selepas 2 Minggu Terlibat Kemalangan - “Patah Empat Di Tulang Rusuk”

Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berkongsi keadaan terkini dirinya selepas terlibat dengan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik kira-kira 14 hari yang lalu.Menurut Ustaz Wadi, dia mengalami kesakitan pada dua bahagian tubuh ekoran kemalangan yang berlaku itu.“Saya dah berapa belas hari kemalangan kemudian saya rasa sakit pada dua tempat.“Tak lega selama 14 hari walaupun dah makan ubat tahan sakit setiap hari,” kongsinya menerusi satu perkongsian di TikTok.Berkongsi lanjut, Ustaz Wadi memaklumkan dia kemudiannya mengambil keputusan untuk melakukan imbasan CT (CT Scan) di hospital selepas pemeriksaan X-ray yang dibuat sebelum ini tidak menunjukkan sebarang kecederaan terhadap dirinya.Keputusan CT Scan itu kemudiannya mendapati empat tulang rusuknya patah termasuk mengalami kecederaan pada bahagian belakang.“Tadi saya pergi hospital untuk periksa dengan CT Scan. Hari itu X-ray saja, mereka kata tiada apa.“Bila CT Scan tadi, rupanya patah empat di tulung rusuk. Dekat belakang pun patah juga. Patut saya makan ubat tahan sakit, tiada apa-apa perubahan,” kongsinya lagi.Terdahulu, media melaporkan Ustaz Wadi terlibat dengan kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik.Maklumat mengenai insiden itu dikongsikan menerusi hantaran di media sosial Ustaz Wadi yang memaklumkan beliau bersama beberapa individu lain terbabit dalam kemalangan jam 2 pagi pada Oktober.Sumber: TikTok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved