Ustaz Wadi Annuar Rupanya Pernah Berkahwin, Dedah Punca Masih Solo Hingga Sekarang

LocalEntertainment
19 Sep 2024 • 7:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ustaz wadi annuar

Ustaz Wadi Annuar merupakan salah seorang pendakwah yang cukup dikenali di Malaysia. Cara bertutur yang lemah lembut serta berhemah membuatkan orang ramai menyenangi penyampaian dakwah beliau.

Terbaru, tular di TikTok rakaman daripada sesi podcast Apa Cerita memaparkan pendakwah ini menjelaskan status beliau yang sebenar.

Persoalan itu diajukan selepas ramai yang tertanya-tanya sama ada Ustaz Wadi sudah berkahwin atau belum. Ini jawapan beliau;

@sueyusofpareeth777

Doakan ustaz bertemu jodoh lgi slepas ini dgn wanita yg solehah, dikurniakan chaya mata, bhgia hgga ke jannah amin ustazwadiannuar

♬ bunyi asal – sueyusofpareeth777 – sueyusofpareeth777

Menurut ustaz, beliau pernah berkahwin sekitar tahun 2009 selepas sekembalinya di tanah air. Namun, perkahwinan itu tidak kekal lama dan beliau tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebenarnya saya dah berkahwin dulu waktu balik. Alhamdulilah 2008 saya balik lebih kurang 2009 saya kahwin. Kemudian beberapa tahun dan bahtera perkahwinan tu tidak lama. Daripada situ saya kekal sampai hari ini seorang diri.

Ustaz secara berseloroh berkata, sehari sebelum sesi podcast ada orang masuk meminangnya. Namun beliau terpaksa menolak disebabkan masih belum terbuka hati.

Beliau bagaimanapun mempunyai hasrat untuk berkahwin lagi tetapi belum sampai masanya. Tambahan pula beliau kini sibuk dan tidak terlalu memikirkan mengenai perkahwinan.

Beliau yakin suatu masa nanti beliau akan mengatakan ‘ya’ kepada rumahtangga.

Tonton video penuh:

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok @sueyusofpareeth777


View Original Article