Ustaz Wadi Jawab Persoalan Kenapa Tak Kahwin Lagi, Rupanya Pernah Bernikah Pada Tahun 2009?

Entertainment
19 Sep 2024 • 12:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa tak kenal dengan Ustaz Wadi Annuar, penceramah bebas yang digemari ramai dan videonya di TikTok menjadi tontonan anak muda zaman sekarang.

Selain meminati ceramah dari ustaz ini, ada juga di kalangan netizen yang berminat untuk mengetahui kehidupan peribadi Ustaz Wadi yang dikatakan masih bujang itu.

image is not available

Ustaz Wadi dedah pernah berkahwin

Menerusi sesi podcast ‘Apa Cerita?‘ yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid, Ustaz Wadi mendedahkan rupa-rupanya beliau pernah bernikah suatu masa dahulu. Oh baru tau…

Sebenarnya saya dah berkahwin… dulu 2008 saya balik, lebih kurang 2009 saya dah kahwin.

“Kemudian beberapa tahun dan bahtera perkahwinan itu tidak lama. Daripada situ, saya kekalkan sampai hari ini seorang diri,” katanya.

Ustaz Wadi juga menjelaskan yang dia tidak mempunyai anak hasil daripada perkahwinan terdahulu dan kanak-kanak yang sering dilihat bersamanya itu merupakan anak kepada jirannya.

@sueyusofpareeth777

Doakan ustaz bertemu jodoh lgi slepas ini dgn wanita yg solehah, dikurniakan chaya mata, bhgia hgga ke jannah amin ustazwadiannuar

♬ bunyi asal – sueyusofpareeth777 – sueyusofpareeth777

Asyraf juga sempat berseloroh dengan Ustaz Wadi dengan mengatakan penceramah itu sangat dikenali dan disukai ramai serta menjadi dambaan para wanita di luar sana.

Ustaz Wadi mendedahkan yang baru-baru ini, dia juga telah dipinang oleh seorang wanita namun dia menolak pinangan tersebut kerana belum terbuka hati.

Pasti nak berkahwin kerana saya pun ada perasaan. Masa sekolah menengah dulu pun saya jatuh hati dekat orang. Di universiti pun saya ada luahkan nak jadikan isteri. Tapi waktu itu belum sampai masa,” katanya.

Perkongsian video berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang mendoakan agar Ustaz Wadi bertemu jodoh dengan wanita yang sekufu dengannya dan dikurniakan anak pada suatu masa nanti.

image is not available

Ramai rupanya yang minat dengan Ustaz Wadi ni sampai hantar rombongan meminang.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.