Ustazah Asma’ Harun kecewa artis veteran kembali aktif dalam dunia hiburan – “Ujian buat mereka”

EntertainmentOpinion
11 May 2026 • 3:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah bebas, ustazah Asma’ Harun menegur fenomena dunia hiburan yang menurutnya semakin mendapat perhatian ramai termasuk dalam kalangan generasi muda sehingga boleh membawa kepada kelalaian.

Itulah ujian buat mereka

Image from: Ustazah Asma’ Harun kecewa artis veteran kembali aktif dalam dunia hiburan – “Ujian buat mereka”

Menerusi hantaran di Threads,  Asma menyentuh mengenai kemunculan semula artis veteran yang kembali aktif di pentas hiburan selain penglibatan anak-anak artis dalam program-program khas.

Menurutnya, keadaan itu merupakan sebahagian daripada ujian dunia yang boleh melalaikan sekiranya tidak dikawal dengan baik.

Image from: Ustazah Asma’ Harun kecewa artis veteran kembali aktif dalam dunia hiburan – “Ujian buat mereka”

“Makin ramai artis veteran kembali beraksi di pentas, permulaan baharu di hujung usia katanya. Anak artis pun sama, siap program khas.
“Itulah ujian untuk mereka, kita juga ada ujian, moga kita istiqamah dalam hidayah Allah sampai akhir nafas,” ciapannya, hari ini.

Image from: Ustazah Asma’ Harun kecewa artis veteran kembali aktif dalam dunia hiburan – “Ujian buat mereka”

Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial dengan sebahagian bersetuju bahawa masyarakat terutama golongan muda perlu lebih berhati-hati agar tidak terlalu hanyut dalam hiburan.

Malah ada juga yang meluahkan rasa syukur kerana ada juga individu yang berani bersuara menegur tindakan yang salah supaya terus menjaga akidah dan iman daripada tidak terpesong.

Akhirnya ada bersuara

Image from: Ustazah Asma’ Harun kecewa artis veteran kembali aktif dalam dunia hiburan – “Ujian buat mereka”

Tegur tanpa mengira sesiapa

Image from: Ustazah Asma’ Harun kecewa artis veteran kembali aktif dalam dunia hiburan – “Ujian buat mereka”

Teguran yang disampaikan Asma’ Harun itu dilihat sebagai peringatan kepada umat Islam supaya sentiasa menjaga keseimbangan antara tuntutan dunia dan akhirat serta tidak lalai dalam mengejar hiburan semata-mata.

Sumber: Threads ustazahasmaharun