Ustazah Siti Afifah Dan Suami Label UAI Bukan Agamawan, Suruh Baca Kitab Dulu

Entertainment
18 Dec 2022 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jika anda kerap melayari media sosial, pasti anda kenal dengan pasangan ustazah Siti Afifah dan suaminya yang kerap mengeluarkan kenyataan kontroversi yang mengundang perbincangan warganet.

Sebelum ini, pasangan ini pernah mengatakan penggunaan ubat tahan sakit adalah haram dalam Islam. Tidak cukup dengan itu, pasangan ini juga pernah menyatakan seseorang suami itu dayus jika membiarkan isteri diuruskan oleh doktor lelaki di hospital.

image is not available

Kenyataan pasangan ini ternyata mengelirukan ramai pihak, sehinggakan ada yang berbalah berkenaan isu tersebut. Ada juga beberapa agamawan yang mengulas topik tersebut selepas ditanya oleh orang ramai, antaranya ialah Ustaz Azhar Idrus.

Terbaharu, pasangan popular ini meluahkan rasa kurang senangnya kepada pihak yang tidak bersetuju dengan kenyataan mereka. Pasangan ini turut mendakwa Ustaz Azhar Idrus sebagai bukan ahli agamawan dan perlu belajar lebih lagi untuk membidas kenyataan mereka.

Ustazah Afifah dan suami juga berkata mereka tidak mahu mengulas lebih lanjut meskipun berang dengan Ustaz Azhar Idrus. Mereka memilih untuk berdiam diri atas arahan peguam, selain mahu memfailkan saman.

Untuk rekod, sebelum ini Ustaz Azhar Idrus ada menyatakan suami tidak dayus jika membenarkan isteri diuruskan oleh doktor lelaki. Jelas agamawan ini, ia adalah darurat kerana melibatkan dua nyawa yang perlu diselamatkan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.