Buat Kenyataan Banyak Minum Susu Boleh Rabun, Suami Ustazah Viral Dibahan Netizen

28 Nov 2022 • 4:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ingatkan dah habis dah, rupanya ada lagi kenyataan yang agak mengarut dikeluarkan ustazah viral kita ni.

Kalau dulu ustazah yang dikenali sebagai Afifah ini menjadi bualan ramai kerana membuat kenyataan bahawa dayuslah seorang suami yang membenarkan doktor lelaki menjadi bidan kepada isteri, kini Ustazah Afifah dan suaminya kembali meraih perhatian warganet.

Menerusi video yang diciap semula seorang pengguna Twitter, Ustazah Afifah dan suaminya menyatakan bahawa minum susu secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi rabun.

Dalam kitab Ibnu Qayyim al-Jawziyya, menyebutkan dalam bab berlebih-lebihan minum susu. Ibnu Qayyim menyatakan minum susu berlebihan boleh menyebabkan mata rabun.

Kenyataan dibuat suami kepada Ustazah Afifah itu bagaimanapun tidak dipersetujui rata-rata netizen. Bahkan, ramai warganet yang mempertikaikan suaminya yang mengenakan cermin mata rabun itu.

Habis tu pak cik pakai cermin mata?

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berseloroh selepas mendengar kenyataan yang dikeluarkan Ustazah Afifah dan suami mengenai minum susu secara berlebihan itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Kredit: Twitter Indah | Twitter Aizat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved