Usul isytihar darurat tangguh PRN? Akmal Saleh selar MP DAP ‘bodoh’!

LocalPolitics
15 Apr 2026 • 4:06 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mencuri perhatian apabila beliau secara terbuka membidas cadangan seorang ahli Parlimen DAP yang mahu kerajaan mengisytiharkan darurat bagi menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) atas alasan krisis ekonomi.

Dulu zaman BN kerajaan tak ada pun macam ni

Menerusi perkongsian di media sosial, Akmal menyatakan situasi ekonomi semasa bukan alasan kukuh untuk langkah drastik seperti itu, malah mengingatkan bahawa negara pernah melalui fasa mencabar tanpa perlu mengisytiharkan darurat.

“Dulu zaman BN menjadi kerajaan kita menghadapi krisis ekonomi juga. Tiada pula nak isytihar darurat.
“Hari ini krisis ekonomi berlaku pada negara lain juga, tapi tiada juga nak isytihar darurat,” katanya.

Image from: Usul isytihar darurat tangguh PRN? Akmal Saleh selar MP DAP ‘bodoh’!

Cadangan tak disetujui ramai

Sebelum ini, Berita KS memaklumkan bahawa Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong didakwa mencadangkan supaya kerajaan Melaka memohon pengisytiharan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong bagi menangguhkan PRN susulan tekanan kos sara hidup dan krisis bahan api.

Namun begitu, pembangkang di Johor dan Melaka turut dilaporkan tidak bersetuju dengan idea berkenaan kerana sistem pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa.

Image from: Usul isytihar darurat tangguh PRN? Akmal Saleh selar MP DAP ‘bodoh’!

Tidak terhenti di situ, Akmal sekali lagi meluahkan pandangan tegas di media sosial dengan menyifatkan cadangan tersebut sebagai tanda kegagalan pihak tertentu dalam mengurus negara.

“Bila MP DAP cadang nak isytihar darurat, maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik!
“Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan. Bodoh!” tegas Akmal.

Image from: Usul isytihar darurat tangguh PRN? Akmal Saleh selar MP DAP ‘bodoh’!

Isu ini timbul ketika konflik melibatkan Amerika Syarikat-Israel dan Iran yang berlarutan lebih sebulan setengah memberi kesan kepada pasaran tenaga dunia, termasuk gangguan di laluan perdagangan penting Selat Hormuz yang menjejaskan bekalan bahan api global.

Sumber: Berita KS, Facebook Akmal Saleh