Utara Sumatera Digegar Gempa Bumi Pagi Tadi

20 Feb 2025 • 12:03 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Utara Sumatera Digegar Gempa Bumi Pagi Tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gegaran gempa bumi sederhana berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pagi tadi.

Menerusi laporan yang dimuat naik di laman X tersebut, gegaran yang dikesan pada jam 11.15 pagi itu bermagnitud 5.1 skala Richter, direkodkan pada koordinat 5.1° Utara dan 95.2° Timur.

Gempa dengan kedalaman 70 kilometer itu berpusat di 42 kilometer Selatan dari Banda Acheh.

Menurut MetMalaysia, tiada amaran tsunami kepada Malaysia akibat kejadian itu.

https://x.com/metmalaysia/status/1892417296863543422